Ahad, 23 September 2012

<a href="http://www.bloglovin.com/blog/4059322/?claim=p9n4r5ejhxu">Follow my blog with Bloglovin</a>

Sabtu, 22 September 2012

BEAST -

beast = beautifull night ,,, lagu gempak !!

SUPER JUNIOR SCHEDULE !!!




Monday September 17, 2012
▶ AM 00:00 MBC Pyojun FM Sim Sim Tapa [DJ SHINDONG] {BORA}
▶ PM 12:30 ‘Jack the Ripper’ Musical in Tokyo, Japan [SUNGMIN]
▶ PM 05:30 ‘Jack the Ripper’ Musical in Tokyo, Japan [SUNGMIN]
▶ PM 10:00 KBS Cool FM Super Junior’s Kiss The Radio Season 2 [DJ SUNGMIN, RYEOWOOK] {BORA}
▶ PM 11:00 Mnet The Beatles Code 2 [MC SHINDONG]

Tuesday September 18, 2012
▶ AM 00:05 MBC Pyojun FM Sim Sim Tapa [DJ SHINDONG] {BORA}
▶ PM 01:30 ‘Jack the Ripper’ Musical in Tokyo, Japan [SUNGMIN]
▶ PM 06:30 ‘Jack the Ripper’ Musical in Tokyo, Japan [SUNGMIN]
▶ PM 06:00 MBC-Music Show! Champion [SPECIAL MC EUNHYUK]
▶ PM 10:00 KBS Cool FM Super Junior’s Kiss The Radio Season 2 [DJ SUNGMIN, RYEOWOOK] {BORA}
▶ PM 11:15 SBS Strong Heart [LEETEUK, EUNHYUK] 

Wednesday September 19, 2012
▶ AM 00:00 MBC Pyojun FM Sim Sim Tapa [DJ SHINDONG] {BORA}
 PM 06:00 MBC Every1 Weekly Idol Part 2 [LEETEUK, EUNHYUK, RYEOWOOK, KYUHYUN]
▶ PM 10:00 KBS Cool FM Super Junior’s Kiss The Radio Season 2 [DJ SUNGMIN, RYEOWOOK] {BORA}
 PM 11:15 MBC Radio Star [MC KYUHYUN]

Thursday September 20, 2012 
▶ AM 00:00 MBC Pyojun FM Sim Sim Tapa [DJ SHINDONG] {BORA}
 PM 09:10 tvN-TV Live Talk Show TAXI [KYUHYUN]
▶ PM 10:00 KBS Cool FM Super Junior’s Kiss The Radio Season 2 [DJ SUNGMIN, RYEOWOOK] {BORA}

Friday September 21, 2012 
▶ AM 00:05 MBC Pyojun FM Sim Sim Tapa [DJ SHINDONG]
▶ PM 10:00 KBS Cool FM Super Junior’s Kiss The Radio Season 2 [DJ SUNGMIN, RYEOWOOK]

Saturday September 22, 2012 
▶ AM 00:05 MBC Pyojun FM Sim Sim Tapa [DJ SHINDONG]
▶ PM 06:30 SMTOWN Live World Tour III Concert in Jakarta, Indonesia [SUPER JUNIOR]
▶ PM 06:30 SBS Star King [LEETEUK]
▶ PM 07:30 Channel A ‘Miss Panda and Hedgehog’ Episode 11 [DONGHAE]
▶ PM 10:00 KBS Cool FM Super Junior’s Kiss The Radio Season 2 [DJ SUNGMIN, RYEOWOOK]
▶ PM 11:10 JTBC ‘Shinhwa Broadcast’ Part 1 [YESUNG, SHINDONG, SUNGMIN, EUNHYUK, RYEOWOOK, KYUHYUN]

Sunday September 23, 2012 
▶ AM 00:05 MBC Pyojun FM Sim Sim Tapa [DJ SHINDONG]
▶ PM 07:30 Channel A ‘Miss Panda and Hedgehog’ Episode 12 [DONGHAE]
▶ PM 10:00 KBS Cool FM Super Junior’s Kiss The Radio Season 2 [DJ SUNGMIN, RYEOWOOK] 

SUPER JUNIOR !! Kyuhyun at Incheon Airport (going to Jakarta) [8P] – From 120921








TAKE OUT WITH FULL AND PROPER CREDITS.

Ahad, 9 September 2012

AWEK KOREA COMEL : TETAPI ADAKAH INI REALITI? (12 GAMBAR)


AWEK KOREA COMEL : TETAPI ADAKAH INI REALITI? (12 GAMBAR)


Adakah ini realiti atau kombinasi surgeri, photoshop dan make up? Yang penting......... nice!


TEKNIK MANDIKAN KUCING YANG TAKUT AIR


TEKNIK MANDIKAN KUCING YANG TAKUT AIR


Memandikan kucing adalah sesuatu yang paling sukar dilakukan. Ye la…kucing kan takut air, kalau korang dapat kucing yang tak takut air tu memang beruntung la, takde la payah sangat nak mandikan diorang ni. Tapi kalau dah takut sangat ni la yang payah sikit. Kene banyak bersabar. Kebanyakkan kucing akan meronta-ronta untuk mengelak daripada dirinya dibasahkan. Disini kami ingin kongsikan bagaimana untuk memandikan kucing yang takut pada air ini…

WANITA MALAYSIA PALING RAMAI CURANG


WANITA MALAYSIA PALING RAMAI CURANG


WANITA Malaysia dikatakan yang ketiga paling curang di dunia. - Gambar hiasan

ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press.
Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati
39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.
Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.
Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.
Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.

5 TANDA PEREMPUAN YANG BAIK MARUAHNYA UNTUK DIKAHWINI


5 TANDA PEREMPUAN YANG BAIK MARUAHNYA UNTUK DIKAHWINI



1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah S.W.T.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah S.W.T.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami,melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami. 

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi. 

HAWA DIJADIKAN ALLAH S.W.T DI SAAT ADAM A.S TIDUR


HAWA DIJADIKAN ALLAH S.W.T DI SAAT ADAM A.S TIDUR




Pernahkah korang tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci, manakala wanita sebaliknya.

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu (hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta-merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.

Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang

TANDA-TANDA RUMAH DIDUDUKI HANTU


TANDA-TANDA RUMAH DIDUDUKI HANTU


6 Tanda-tanda Rumah Berhantu, Hantu atau syaitan ini merupakan makhluk halus yang tidak boleh dilihat secara mata kasar oleh sembarangan orang. Pada umumnya, hantu sangat suka berada di tempat-tempat sepi, kotor, lembap, atau rumah kosong dan tidak terurus.
Namun apa jadinya jika hantu tersebut singgah dan tinggal di rumah anda? Di bawah ini ada beberapa tanda bahawa rumah anda ada hantu :
1. Perasaan aneh. Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada di rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus. Atmosfera rumah anda terasa tebal, sempit atau berat.
2. Sering terdengar suara-suara aneh. Yang paling sering adalah suara ketukan-ketukan pada dinding rumah anda, kadang-kadang juga dapat terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi di bilik air.
3. Tercium bau-bauan. Biasanya bau bunga kubur iaitu bunga kenanga, harum malam atau bau bunga melati yang wangi, bau darah, bau busuk. Hantu yang mengganggu atau jahat biasanya
kedatangannya disertai dengan bau busuk seperti bangkai atau sejenisnya.
4. Benda bergerak sendiri. Seperti perabot bergerak sendiri, malahan yang parah anda mungkin mengalami “gempa bumi dalam rumah” iaitu perabot bergoyang-goyang semua padahal tidak ada pergerakkan pada lantai rumah seperti gempa bumi.
5. Binatang peliharaan nampak gelisah.Seperti kucing, ayam, burung, ikan dalam akuarium, anjing.Dan lain-lain binatang peliharaan yang ada.
6. Kemunculan depan mata. Wah ! Yang ini paling menakutkan. Anda mungkin saja langsung ditemui oleh hantu untuk memberi tahu bahwa mereka ada di sekitar anda.
Hantu yang paling sering muncul di negara kita antara lain pontianak, pocong, hantu raya, hantu pelesit, saka dari keturunan kita, roh-roh yang tidak diterima bumi atau hantu tanpa kepala.
Untuk menghalau hantu yang mengganggu rumah, banyak cara yang dilakukan orang terpulang kepercayaannya. Namun yang terpenting tentunya kita harus selalu yakin bahwa Allah akan selalu memberikan perlindungan kepada kita.
Boleh juga dengan menaburkan garam kasar.Tapi awas ! Garam kasar boleh mencederakan dan membunuh hingga teruk makhluk-makhluk halus ini. Sehinggakan rumah anda akan berbau hanyir akibat kecederaan makhluk halus tersebut akan membalas dendam.Jika anda tiada ilmunya jangan lakukan ini. Sebaik-baiknya pangilah mereka yang pakar dalam bidang ini.
sumber : 2dayblogger

KUCING HETERO CHROMA : BAKA KUCING BELAAN NABI?(12 GAMBAR)


KUCING HETERO CHROMA : BAKA KUCING BELAAN NABI?(12 GAMBAR)


Anyonyonyooooooo

Miss Mean seoarang isteri yang gemarkan benda comal. Kerana aku dah lama tak menulis tentang kucing ada baiknya hari ini aku memaparkan kucing Hetero Chromia. Kucing hetero chromia ialah kucing yang mempunyai mata dengan dua warna berbeza. Heterro Chromia selalunya boleh dijumpai pada baka kucing Turkish Van, Turkish Angora, Sphynx, Persian, Oriental Shorthair dan Japanese Bobtail. Ianya juga berlaku pada kucing bewarna putih dari baka di atas. Sungguhpun begitu kucing hetero chromia bewarna lain juga wujud tetapi ia jarang berlaku.

Kucing hetero chromia dari baka Turkish Angora adalah dianggap sebagai warisan negara. Kerajaan Turki sejak 1817 secara aktif membiakkan kucing Angora hetero chromia di Zoo Ankara bagi memastikan ianya tidak pupus. Kucing hetero chromia yang matanya bewarna hijau dan emas lah yang paling beharga. Ini adalah kerana menurut kepercayaan tradisi Turki , kucing milik Nabi Muhammad S.A.W bernama Muezza adalah seerkor Turkish Angora yang mempunya mata sebegini.

Wallahu a'lam bis sawaf 





TANDA TERDAPAT GANGGUAN JIN DALAM RUMAH


TANDA TERDAPAT GANGGUAN JIN DALAM RUMAH



1. Masakan selalu dan akan cepat basi ( rosak ).
  
2.  Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh ke lantai.

3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam.
  
4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah.

5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN  ( Tahap Pertama )


Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1. Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seorangpun."

2. Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita di dalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
  • Al-Fatihah
  • Ayat Kursi
  • At-Takathur
  • Az-Zalzalah
  • Al-Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan dilarang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3. Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

"Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang."

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

Gempar! Hantu Tanpa Kepala Di Masjid


Gempar! Hantu Tanpa Kepala Di Masjid | Gambar hantu tanpa kepala yang diambil di sebuah masjid ini bukanlah gambar hasil dari kerja fotoshop atau diedit tetapi ianya memang asli. Jadi tak payahlah kata gambar hantu tanpa kepala ni tipu ye. Inilah fenomena misteri yang berlaku bukan sahaja di sesebuah masjid, tetapi telah berlaku hampir seluruh masjid di seluruh Malaysia. Yang peliknya lagi, kejadian hantu tanpa kepala hanya boleh dilihat pada Hari Jumaat. Umat Islam berjantina lelaki mesti sangat biasa dengan kejadian manusia tanpa kepala ini tetapi tidak kepada kaum wanita. Nak tengok? Jom lihat gambar hantu tanpa kepala di bawah ini.








Ini merupakan satu kejadian yang selalu berlaku di masjid-masjid ketika khatib sedang membacakan khutbah Jumaat. Sepatutnya jemaah kena dengar dengan mata yang celik dan hati yang terbuka, tetapi ini jadinya. Salah siapa agaknya? Jangan lah kita menuding jari, bersama lah kita berusaha, dari pihak masjid dan juga juga jemaah solat Jumaat supaya kejadian atau fenomena manusia tanpa kepala ini dapat dihindarkan di masa hadapan.


hhahaha ,,, SIAPA FAHAM CERITA INI ?! INILAH GAMBAR ORANG YANG TERTIDUR SEMASA KHUTBAH DIBACAKAN .. KEPALANYA KEBAWAH ,, JADI TAK KELIHATANLAH .

BATANG POKOK YANG TUMBANG JADI BENGKOK SUPAYA TAK MENGENAI KERETA SEORANG WALI!


BATANG POKOK YANG TUMBANG JADI BENGKOK SUPAYA TAK MENGENAI KERETA SEORANG WALI!


Kisah ini mengenai seorang wali keturunan Bani Mu'awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.


Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan.


Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah 'diselamatkan' oleh malaikat.


Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.


Jadi, marilah kita sama-sama meningkatkan derma supaya hidup kita diberkati. Amin.


 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate this pages TO ?